Total Pageviews

Saturday, September 10, 2011

Peliharalah Auratmu Wahai Wanita,,


Perempuan yang berpakaian tetapi mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah S.A.W tentang akan ada sesetengah kaum wanita di kalangan umatnya yang berpakaian tetapi tidak menutup aurat.

BERTUDUNG TETAPI BELUM SEMPURNA MENUTUP AURAT.
  • baju yang dipakai singkat tidak melepasi pinggul.
  • mendedahkan bentuk/lekuk dada tersembol dan punggung.
  • pakaian ketat menampakkan susuk tubuh.
  • kain yang dipakai terllau singkat sehingga menmpakkan betis.
  • bertudung tatapi pakai T-shirt pendek menayangkan lengan dan ketiak.
  • seluar jeannya ketat dan sendat jelas menampakkan alur kelengkang.
  • tidak bersarung kaki/stokin.
  • solekan /Tabarruj yang jelas kelihatan.(lipstik)
  • memakai wangi-wangian yang merangsang nafsu.
  • mendedahkan aurat di hadapan sepupu/ipar(bukan muhrim)
"dan katakanlah jepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada  memandang yang haram,dan memelihara kehormatan mereka dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir daripadanya."(Surah An-Nur,ayat 31)


Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan -permpuan yang berpakaian tetapi hakikatnya
bertelanjang(menggoda,nipis,ketat,seksi yang cenderung kepada perbuatan maksiat).Rambut mereka laksana goh-goh unta (didedahkan dan dibanggakan).Sesungguhnya,mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.- 
   


*saya sebagai sorang muslim berharap semua muslimah sedar akan cara anda menutup aurat.
 muhasabahlah diri anda sementara masa masih ada..
wallahualam....

Friday, March 18, 2011

menanti di barzakh

Kuasa ALLAH....

Tsunami yang yang telah menghentam bumi jepun telah menggemparkan suluruh dunia.....kita dapat lihat disini bahawa sekiranya Allah hendak menghapuskan hamba Nya amat mudah....itulah Kuasa Allah....
Allah Maha Mematikan....Dia boleh Menarik nyawa sesiapa sahaja dalam sekelip mata....
sedar lah umat islam..bahawa penghujung dunia kian hampir....siapkan diri mu semua dengan bekalan untuk kita ke akhirat kelak...

KEMATIAN
mati....setiap manusia akan merasai kematian..setiap manusia akan menghadapi kematian,,ajal akan menjemput kita bila-bila masa,,,sudah bersediakah anda????
di Jepun,lebih 1000 rakyat nya terkorban akibat tsunami yg melanda.....ini terbukti bahawa mati itu tak kira tempat,tak kira masa,tak kita waktu.....apabila malaikat diperintahkan oleh Allah SWT untuk menarik nyawa seseorang itu,maka akan malaikat akan menarik nyawa seseorang itu tidak lewat sesaat,tak cepat sesaat...
untuk umat islam semua.....ingatlah....bertaubat lah anda sementara masa masih ada.....bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka....sesungguhnya allah itu maha penerima taubat.....

hasil nurkilan
(wan shahidan)

Monday, December 20, 2010

ayuh bersatu...unity of strength...

Ketika Saidina Ali mengetuai kerajaan Islam, ramai kumpulan orang Islam yang keluar dari pemerintahannya kerana merasakan kepimpinan beliau tidak betul dan salah. Suatu hari seorang sahabatnya bertanyakan soalan tentang golongan tersebut.
"Ya Amirul Mukminin kafirkah mereka?"
"Tidak, kerana mereka mengucap kalimah tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, sedangkan orang kafir mendustakannya."
"Munafikkah mereka?"
"Tidak, kerana mereka mendirikan solat, sedangkan orang yang munafik mendirikan solat dalam keadaan yang malas."
"Maka siapakah mereka?"
"Mereka itu saudara kita, cuma mereka bukan sekumpulan dengan kita. Hadapilah mereka jika mereka menyerang kita, tetapi berpalinglah dari mereka jika mereka tidak mengganggu kita."
MasyaAllah sangat indah kata-kata yang dilafazkan oleh Khulafa' Al-Rasyidin yang terakhir ini. Kata-kata ini bagaikan satu penyelesaian di atas perbalahan yang berlaku di dalam dunia Islam sekarang.
Berbilang-bilang Jamaah
Realiti perjuangan Islam di Malaysia ini banyak mendedahkan kita dengan situasi taadud jamaah (kepelbagaian gerakan yang memeperjuangkan Islam), jika dibilang, lebih dari sepuluh yang sudah didaftarkan samada menjadi NGO ataupun parti politik. Contohnya PAS, IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM dan lain-lain. Itu belum termasuk jamaah yang tidak didaftarkan secara sah dengan kerajaan dan hanya bergerak di bawah tanah sahaja.
Biarlah banyak manapun jamaah yang ada hakikatnya kita semua mempunyai satu tujuan yang sangat besar, iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.
Tetapi, kebelakangan ini kita sering terdengar tentang banyak berlaku pertelingkahan di antara jamaah sehingga fokus yang ditetapkan oleh setiap jamaah ditinggalkan kerana lebih banyak masa dan tenaga digunakan untuk memenangkan jamaah masing-masing dan bukannya memenangkan Islam.
Akhlak Kita Yang Ditarbiyyah
Sebagai seorang ahli gerakan yang ditarbiyyah dengan sistematik dan mempunyai manhaj yang jelas, kita seharusnya faham dengan realiti ini dan seharusnya lebih matang dalam mengendalikan isu-isu sedemikian.
Bukankah Imam Hasan al-Banna sudahpun berpesan kepada kita tentang perkara ini di dalam Arkanul Baiah (rukun-rukun komitmen terhadap perjuangan Islam) yang pertama iaitu al-fahmu (faham). Dalam penjelasannya, beliau banyak menyatukan hati-hati orang mukmin ini agar sentiasa berada pada landasan yang benar supaya pembaziran tenaga tidak berlaku kerana perbalahan yang timbul dek kerana hal-hal yang furu' (perkara cabang) dan tidak meningkatkan amal.
Ukhuwah
Sesungguhnya darjat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada terhadap shabat lain dan tingkatan tertinggi adalah ithar, iaitu mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri.
Nah, cuba tanya kembali dimanakah darjat ukhuwah kita sesama Islam? Adakah masih ada di dalam lingkungan ukhuwah yang dimaksudkan, ataupun sudah jauh lari kerana kepura-puraan.
Sikap Taksub
Kadang-kadang kerana taksub terhadap jamaah menjadikan kita hilang punca dan arah tuju yang sebenarnya. Adakah kita berintima' (memberikan komitmen) di dalam jamaah ini semata-mata kerana jamaah atau kerana ingin menegakkan agama Allah?
Betul, memilih jamaah yang terbaik perlu untuk kita merasa yakin dalam perjuangan ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengatakan jamaah lain salah dan hanya jamaah kita sahaja yang betul.
Sebaliknya kita perlulah menyedari tentang peranan jamaah yang berbeza-beza. Hiduplah seperti satu tubuh yang saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain. Andai anggota lain hilang, maka ia akan menyulitkan pergerakan anggota yang lain.
Dalam Naungan Mahabbah
Islam menganjurkan kita bersederhana di dalam melakukan setiap perbuatan. Jangan terlalu melampau dan jangan pula terlalu sedikit melakukan amalan. Marilah bersatu di dalam naungan rasa mahabbah dan kasih sayang. Andai kata ada yang silap, perlulah ditegur dengan penuh hikmah dan perlulah sentiasa siap untuk ditegur semula.
Jalan perjuangan ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan kita pasti tidak terlepas daripada tapisan Allah. Berjuanglah di medan masing-masing, andaikata seorang rebah, maka papahlah ia bersama menuju ke destinasi.

Monday, November 29, 2010

bagaimana couple cara islam...

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
- Artikel iluvislam.com

modern friendship..

assalamualaikum....
blog ini di cipta oleh 3 sahabat...iaitu muhammad al husni b.noor hasrin,wan muhammad shahidan b.wan azmi dan muhammad shazwan bin shahizan...persahabatan kami telah wujud sejak lami mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah...blog ini dicipta agar persahabatan yang terjalin antara kami kekal ke jannah....dalam blog ini kami akan paparkan gambar,video serta kisah-kisah menarik tentang persahabatan...juga kami selit kan hukum hakam syariat dan perkara yg berkaitan agama...
asslamualaikum....